History of club

Kelantan State football existed as early as 1889 and is known as the Kelantan Amateur Football Association. It is the oldest football team in the East Coast of Malaysia. This association was officially established as Kelantan FA in 1946.

Among the legendary players who have made a name for themselves with the state team of Cik Siti Wan Kembang are Dali Omar, Mohd Hashim Mustapha, Salim Mahmood, Wan Hassan Wan Ibrahim and Salleh Ibrahim.

Among the history of the tournament that has been embraced by the Kelantan state football team are the FAM Cup (1953, 1954 & 2005), Malaysia Cup (2010 & 2012), Contribution Cup (2011), Premier League (2000) and Malaysia League Champions (2011 & 2012 ). In terms of its achievements in the past, Kelantan FA is the football team that receives the most solid support from their own supporters known as “Pahlawan Merah” or more popularly known as “The Red Warriors”. The shouts of “Gomo Kelate Gomo” by them always resonate at the Sultan Muhammad IV Stadium every time a match is held.

On September 3, 2020, a new history was created when the privatization of the Kelantan state football team began after almost 74 years under the auspices of KAFA as Kelantan FA. Team Red Warriors Sdn Bhd has signed an agreement to take over the Kelantan FA team entirely by Norizam Bin Tukiman. Here, the beginning of the era of identity formation and the new spirit of TRW Kelantan FC.

POST TAKE OVER EVENT OF THE RED WARRIORS

MAJLIS PERTUKARAN HAK MILIK PASUKAN KELANTAN

DARIPADA sebuah pasukan yang sentiasa sarat dengan pelbagai masalah, Kelantan akhirnya keluar daripada gelaran tersebut selepas melalui proses penswastaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kepada pemilik baharu. Skuad The Red Warriors kini sah menjadi milik pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman yang melabur sebanyak RM6.8 juta untuk menjadi pemilik saham syarikat The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd itu. Pada majlis itu, Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn Bhd yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Shaari Mat Husain bersama barisan exco mereka. Perkara pertama yang beliau (Norizam) lakukan sejurus mengambil alih Kelantan adalah memberi perhatian terhadap isu perlesenan bagi memastikan kesinambungan pasukan itu boleh beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim akan datang. Keputusannya membeli pasukan Kelantan adalah tepat berdasarkan kajian dilakukan dan yakin nilai pasukan itu boleh mencecah 500 juta hingga 1billlion dalam tempoh lima tahun lagi.

ZAMSAHAM BERTEMU DENGAN TMJ DEMI KEMBALIKAN BOLASEPAK KELANTAN


Sebaik selepas menyelesaikan urusan pembelian The Red Warriors (TRW) Kelantan FC pada minggu lepas, pemilik barunya Norizam Tukiman tidak mengambil masa yang lama untuk berguru. Di Malaysia, tempat terbaik untuk berguru tentang pengurusan kelab bola sepak profesional hanya ada satu – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dimiliki oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ). Norizam bukanlah orang pertama yang ‘berguru’ dengan TMJ. Sebelum ini Terengganu, Melaka United dan Kuching FA sudah turun ke Johor untuk mendapat nasihat dan tunjuk ajar TMJ. Lawatan Norizam ke JDT adalah langkah pertama yang bagus untuk memajukan bola sepak Kelantan. Ia menunjukkan sikap keterbukaannya untuk belajar; belajar dari sebuah kelab yang telah membuktikan kejayaan mereka di atas dan di luar padang. Ketika pertemuannya dengan TMJ, beliau dipesan supaya mempunyai padang dan fasiliti latihan yang baik, menjaga kebajikan pemain, memastikan pembangunan akar umbi berjalan seiring dengan perbelanjaan pasukan senior serta dan mengukur baju di badan sendiri dalam hal-ehwal kewangan.

MAJLIS PERLANCARAN JERSI PASUKAN TRW KELANTAN FC


TRW Kelantan FC membuat pelancaran jersi ‘Special Limited Edition’ untuk mengharungi baki saingan Liga Premier 2020. Pastinya warna merah – warna tradisi bagi pasukan bola sepak Kelantan – akan digunakan untuk perlawanan di halaman sendiri (Home). Manakala warna hitam pula untuk kegunaan di tempat lawan (Away). Sementara itu, di bahagian hadapan jersi tersebut, ianya dihiasi dengan logo Zamburger. Dapat diperhatikan juga, di bahagian lengan kanan, tersemat logo Zamsaham. Lebih menarik, jersi tersebut dibuat oleh syarikat pakaian sukan tempatan iaitu Fitech Fitwear.

144837228_4991500230920444_9054144835357743936_o
144106566_5011290895608044_9075302767134131337_o
145260700_5011291292274671_7339553476270125478_o
145765627_5011291055608028_7404415050695160729_o
143368437_4980948511975616_2543227200091780328_o
144837228_4991500230920444_9054144835357743936_o
144106566_5011290895608044_9075302767134131337_o
145260700_5011291292274671_7339553476270125478_o
145765627_5011291055608028_7404415050695160729_o
143368437_4980948511975616_2543227200091780328_o