Nixon Guylherme

9
Nationality
bra Brazil
Position
Forward
Height
184 cm
Weight
86.8 Kg
Current Team
Kelantan FC

Nixon atau nama penuh beliau Nixon Guylherme Brizolara merupakan muka baharu pemain import yang bakal memperkuatkan bahagian serangan pasukan TRW Kelantan FC pada musim ini dengan menandatangani kontrak bersama pasukan ini selama 3 tahun.

Pemain yang dilahirkan di Brazil ini antara penjaring terbanyak di Liga Premier Bangladesh musim 2021 dengan rekod jumlah jaringan 12 gol dalam 23 perlawanan serta kelebihan yang dimiliki oleh beliau pengalaman yang cukup luas bersama kelab Chittagong Abahoni, Al-Tadamon, Maritime B, GD Braganca, Alcanena, Candal dan Leca di Portugal.

Penyerang yang berusia 26 tahun itu memiliki ketinggian 1.84 meter pemain yang bakal menyarung jersi The Red Warriors bernombor 9 ini akan mempertajamkan lagi bahagian serangan dan berhasrat untuk membantu pasukan ini mencapai hasrat ke Liga Super 2023 dan akan mendarat di bumi Malaysia dalam masa terdekat ini untuk menjalani latihan di bawah kendalian Rezal Zambery Yahya.

Nixon amat teruja dengan falsafah yang diterapkan oleh pengurusan kelab dan beliau terharu dapat beraksi dan menjadi sebahagian dari keluarga pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors.

Kehadiran Nixon amat dinanti-nantikan oleh para penyokong TRW Kelantan FC kerana mempunyai kelebihan fizikal dan dapat membantu menyelesaikan masalah ketajaman di hadapan gol yang dihadapi oleh pasukan ini pada musim lepas. Pemilihan dan penilaian yang dilakukan oleh barisan kejurulatihan ternyata menarik minat untuk menandatangani pemain ini.

Diharapkan kehadiran Nixon akan memberikan perubahan yang positif yang lebih baik buat pasukan TRW Kelantan FC dan menjayakan misi untuk memburu kejuaran bagi musim 2022.

Selamat datang ke The Red Warriors, Nixon….!

#TheRedWarriors #GomoKelateGomo
#ThePowerofGomoMindset #TRWSelamanya #KembaliBangkit