KOTA BHARU : Jurulatih Penjaga Gol pasukan TRW Kelantan FC, Abdul Rahman Baba memberi pujian kepada Mohamad Faridzuean Kamaruddin di atas prestasi yang cemerlang ditunjukkan ketika beraksi selama 90 minit semasa perlawanan Liga Premier antara pasukan TRW Kelantan FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat lalu.

Abdul Rahman Baba yang baru sahaja menyertai barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC pada awal bulan Julai, ternyata amat bertuah kerana memiliki kesemua penjaga gol yang berkualiti dan mereka memiliki pengalaman serta kelebihan masing-masing dan sentiasa memberi kerjasama dengan baik sepanjang saya berada di sini.

Ketika menemubual Abdul Rahman di atas talian, beliau terlebih dahulu mensyukuri di atas rezeki dari Allah atas kemenangan yang berpihak pada pasukan TRW Kelantan FC dengan kesungguhan pemain yang berusaha dan saling bekerjasama antara satu pasukan menjadi nadi utama kejayaan ini.

“Pertama sekali saya bersyukur kehadrat Ilahi atas kurniaan ini dan saya berharap momentum kemenangan ini berkekalan pada perlawanan akan datang yang bakal menerima kunjungan pasukan JDT II pada 11 September ini”, jelasnya Abdul Rahman.

Pihak pengurusan TRW Kelantan FC bersetuju memilih Mohamad Faridzuean Kamaruddin selaku pemain terbaik keseluruhan perlawanan atas faktor prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh penjaga gol itu ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-1 bertemu Negeri Sembilan FC.

“Bagi saya beliau perlu diberi penghargaan Pemain Terbaik Perlawanan atas usaha gigih beliau sendiri yang banyak menyelamatkan beberapa percubaan menarik dari pasukan lawan agar tidak dibolosi untuk meraih kemenangan bagi pasukan TRW Kelantan FC”, katanya Abdul Rahman.

Ketika ditanya faktor menurunkan beliau pada perlawanan tersebut, sedangkan sebelum ini menggunakan khidmat penjaga gol berpengalaman, Farizal Harun.

“Saya akan menurunkan pemain yang memberi komitmen lebih di atas padang ketika sesi latihan, saya hargai titik peluh mereka dengan memberi peluang kepada mana-mana penjaga gol yang memberi kesungguhan ketika sesi latihan”, katanya.

“Saya tidak mengatakan bahawa strategi saya menurunkan beliau adalah salah satu keberkesanan bagi saya ini adalah keputusan muktamad serta penilaian antara semua barisan kejurulatihan atas pemerhatian ketika sesi latihan”, jelasnya Abdul Rahman.

Ketika ditanya harapan Abdul Rahman Baba untuk ke semua penjaga gol pasukan TRW Kelantan FC dan peluang kelab ini untuk berada di kedudukan lima pasukan terbaik dalam carta liga, beliau optimis dan yakin dengan pemain-pemain yang sedia ada bahawa inilah peluang mereka membuktikan sesuatu kepada peminat The Red Warriors yang mahu melihat kejayaan pasukan ini.

“Bagi saya tidak kira siapa yang akan diturunkan pada perlawanan akan datang kerana apa yang mereka berikan ketika sesi latihan itulah yang mereka akan dapat menjelang perlawanan dan saya berharap mereka terus positif dan yakin dengan diri mereka sendiri”, katanya Abdul Rahman.

“Saya berharap pada penjaga gol pasukan ini terus memberi tumpuan sepenuhnya pada saki baki liga dan membalas kepercayaan menggalas selaku penjaga gol utama pasukan yang diberikan oleh pihak pengurusan serta barisan kejurulatihan”

“Harapan saya amat tinggi dengan kebolehan serta keupayaan kesemua pemain pasukan ini dan saya amat berharap penyokong memberi ruang dan sokongan kepada pemain-pemain TRW Kelantan FC agar dapat menyuntik semangat mereka untuk terus beraksi cemerlang seperti yang dilakukan ketika bertemu pasukan Negeri Sembilan FC”.

Akhir sekali, Abdul Rahman Baba mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada peminat TRW Kelantan FC yang setia membuat pembelian Tiket Online Pass untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan secara Live Streaming dan dapat melihat sendiri pemain-pemain beraksi.

#TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021