KOTA BHARU : Pembantu jurulatih pasukan TRW Kelantan FC, Azli Mahmood bukanlah nama asing dalam kancah arena bola sepak Kelantan menyuarakan semangat untuk berhadapan pasukan Negeri Sembilan FC pada perlawanan petang esok di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pasukan TRW Kelantan FC berada di tangga ke-7 manakala bagi pasukan Negeri Sembilan FC di tangga ke-2 dalam carta Liga Premeir Malaysia, sudah pasti kedua-dua pasukan ingin memanfaatkan perlawanan ini untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Ketika menemubual Azli Mahmood di Padang Latihan TRW, beliau menyatakan bahawa perlawanan esok sangat penting bagi pasukan TRW Kelantan FC.

“Sekarang kita sedang persiapkan pasukan dari segi mentaliti pemain agar mereka tidak berada dalam keadaan tertekan dengan baki tiga perlawanan yang bakal diharungi oleh mereka, dan saya selalu berpesan pada mereka agar yakin serta sentiasa positif dalam apa jua keadaan sekali pun”, jelasnya Azli.

“Disebalik dengan usaha yang di lakukan oleh pemain ketika sesi latihan, kita perlu berserah kepada Allah dan sentiasa sabar di sebalik ujian yang perlu ditempuhi ketika tewas pada perlawanan menentang pasukan Kuching City FC .

Azli Mahmood optimis dengan pemain TRW Kelantan FC mampu memberi tentangan sengit pada pihak lawan menjurus pada pemantauan ketika sesi latihan yang berlangsung semalam, kelihatan raut wajah pemain dalam keadaan ‘Mood’ ceria dan bersemangat untuk mencapai kemenangan pada perlawanan esok.

Pasukan TRW Kelantan FC kerap kali bolos gol awal pada awal permainan, jelas dengan jaringan gol tersebut memadam semangat mereka untuk mengasak benteng pasukan lawan.

“Ya, kalau kita dapat lihat pada perlawanan lepas barisan pertahanan mudah dibolosi dan mereka kelihatan berputus asa setelah pasukan lawan berjaya mendapatkan gol awal”

“Dalam sesi latihan, barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC menekankan aspek bertahan dan menumpukan di setiap kelemahan yang ada dalam pasukan”, katanya Azli.

Pemilik kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam Tukiman menyuarakan hasrat beliau yang mahukan kemenangan pada perlawanan ini untuk menarik semula jiwa penyokong yang agak kecewa dengan prestasi pasukan setelah tewas dengan jaringan 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang Johor.

“Saya berterima kasih kepada Encik Norizam yang banyak berkorbankan jutaan ringgit demi mengembalikan zaman kegemilangan pasukan ini, dan saya berharap pemain memberikan hadiah kemenangan pada pemilik kelab TRW”, menurut Azli.

“Saya selalu berpesan pada pemain agar memikirkan bahawa di setiap perlawanan yang ditempuhi adalah perlawanan akhir dan perlu di manfaatkan sebaik mungkin untuk memperoleh kejayaan”.

Pada perlawanan antara Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC, akan berlangsung di gelanggang keramat ‘This is Kota Bharu’, Azli Mahmood melaungkan semangat pada pemain agar tidak mensia-siakan peluang beraksi di halaman sendiri.

#TRWKelantanFC #theredwarriors #Thepowerofgomomindset